Thursday, January 29, 2009

Kebencian meluap – luap terhadap Bush Menjelang peralihan kuasa White House

  1. Agak memeranjatkan orang kuat White House mengerang buku What Happened: Inside the Bush White House and Washington’s Culture of Deception menceritakan keburukan bosnya. Setiausaha Akhbar White House, Scott Mc Cleelan menceritakan pentadbiran Bush bergantung secara agresif propaganda Perang Iraq dari menjelaskan kebenaran & menjualnya kepada rakyat Amerika. Ini bukanlah baru kepada kita,ia akan terus menghantui pentadbiran itik tempang (lame – duck). McClellan menekankan dalam buku ini, dia terpaksa mereka pembohongan kepada rakyat berkali – kali & menyusun penipuan untuk diucap oleh Bush akhirnya Bush memberi ucapan yang jauh menyimpang. Dia terpaksa berdiam diri sekian lama kerana tugas. Apabila permbohongan ini menampakan mereka percaya, tetapi yang munculnya tidak betul, saya tertekan dengan pembohongan ini, tetapi terikat dengan tugas & kesetiaan kepada presiden. Saya berjanji kepada wartawan & bertekad satu hari nanti akan menyatakan yang benar. (rujukan lanjut di http://www.publicaffairsbooks.com/publicaffairsbooks-cgi-bin/display?book=9781586485566)
  2. Usahawan hartanah terkenal Amerika, Donald Trump berkali – kali ditemuramah oleh FOX, CNN & lain – lain badan penyiar secara konsisten mengkritik Bush & pentadbirnya. Condi Rice is a lovely women but she is not doing anything. Dalam bukunya (bersama Bill Zanker) THINK BIG dia menyatakan saya prefer pelacur sebagai wakil perunding daripada Condi. Dalam siri ceramah Wealth Expo anjuran The Learning Annex berulang kali dia menyatakan she down from plane, she waves, she made photo shoot with dictators, she waves again & what happen..? Is she made any deal? Mengenai Dick Cheney pula –he is a hawkish guy (mengutamakan perang dalam diplomatik) he set the war to be fantastic. Natijah pentadbiran Bush – mungkin yang terburuk dunia membenci Amerika. Saya membuat deal dengan English, Germany dsb, dunia membenci Amerika atas apa yang berlaku. Kesimpulannya Trump berkata semua yang Wahington adalah bohong. Senjata pemusnah besar semuanya bohong. Ia hanyalah jalan untuk menakluk Iraq dengan mudah. Dia membaca 60 buku setahun, sebuah buku seminggu. Awak fikir presiden ada masa nak membaca? Semuanya bohong besar! (rujukan lanjut di http://www.youtube.com/watch?v=APb_-4ELYLQ)
  3. Sebuah agensi rating di Amerika, Pew Research Center membuat tinjauan menjelang tempoh tamat perkhidmatan Bush. Keputusan tinjauan mendapati 2/3 rakyat akan mengingati Bush sebagai presiden paling buruk dalam sejarah Amerika. Paling teruk apabila saat mula Bush masuk White House menjanjikan pentadbiran cekap, penyatuan (isu Timur Tengah; Israel - Palestin) sebaliknya tambah menjurang perpaduan.(rujukan lanjut di http://pewresearch.org/pubs/1063/bush-and-public-opinion)
  4. Alan Greenspan, mantan Presiden Federal Reserve selama 18 tahun sejak era Ronald Reagen mengkritik pengurusan kewangan Bush dalam memoirnya The Age of Turbulence: Adventures in a New World. Kekecawaan besar saya apabila presiden tidak sudi menggunakan vetonya mengekang pembaziran terlampau. Bush masuk White House 2001, kali terakhir kerajaan mencatat lebihan (surplus). Selepas itu setiap tahun perbelanjaan mencatat kekurangan (deficit) sehingga 2004 merekodkan deficit $US 413b. Mengenai Perang Iraq, saya amat sedih dengan ketidaksesusaian politik macam ni, semua orang tahu ia kerana minyak. Greenspan amat percaya Saddam dapat menggugat bekalan minyak & kepentingan Amerika di Timur Tengah tapi isu senjata pemusnah besar (wide mass destruction). (bacaan lanjut di http://www.nytimes.com/2007/10/14/books/review/Kinsley-t.html)
  5. Artikel The White House Moron Stumbles to the Finish; The Humiliation oleh Paul Craig Roberts, (Pembantu SetiausahaPerbendaharaan diera Ronald Reagen); Bush telah menjadi penyapu Olmert. Olmert telah mengarahkan Condi Rice membatalkan usul Majlis Keselamatan mengecam serangan Israel keatas Gaza. Tidak cukup dengan itu dia membentak memanggil Bush yang sedang memberi ucapan di PBB. Bush terpaksa menangguh sementara ucapannya untuk menjawab talefon Olmert. Olmert mentertawakan Bush didepan rakyat Israel dengan tindakannya itu. Katanya lagi Bush hanyalah menjadi boneka Yahudi & NeoCon diketuai hawkish Dick Cheney yang menguasai Jabatan Negara, Majlis Keselamatan (PBB), CIA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Dengan kuasa ini NeoCon mereka penipuan untuk menguasai Afghanistan & Iraq dengan perang yang tiada sebab musabab meng-kos Amerika $US 3trillion, manakala berjuta rakyat hilang pekerjaan , pencen, & faedah kesihatan. The Center of Budget & Policy Priority menyalahkan perang Bush yang menyebabkan kerosakan fiscal (fiscal deterioriation). Kesimpulannya Bush tidak dapat menyatakan apakah kehormatannya selama 8 tahun selain ke-dungu-an nya. (artikel penuh http://www.counterpunch.org/roberts01142009.html)
  6. Perkembangan terkini berita 8 mlm 27 jan 09 (a) Obama guna taktik Anwar Ibrahim ketika ditemuramah Al Arabia. Dengan menyatakan keinginannya berdialog dengan Negara Islam, & polisi baru yang sedang digubal terhadap Iran, dasar Obama terus tidak menentu apabila member komen konflik Perang Gaza Israel berhak mempertahankan diri dari serangan roket Hamas. Petikan kata – kata Obama ketika ucapan angkat sumpahnya "To the Muslim world, we seek a new way forward based on mutual interest and mutual respest. To those leaders around the globe who seek to sow conflict or blame their society's ills on the West, know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy" apakah yang dimusnahkan oleh pemimpin Islam di Palestin, Amerika @ Negara – Negara lain didunia? (b)Olmert terus angkuh mempertahankan tindakan unilateral (sebelah pihak) Israel dalam Perhimpunan Yahudi Sedunia. Israel akan terus mempertahankan tentera & rakyatnya dengan segala kekuatan yang ada. Rakyat Israel boleh memilih untuk hidup dengan rakyat Palestin @ menubuhkan sebuah Negara Palestin merdeka.

No comments: