Saturday, January 2, 2010

Keputusan Mengejutkan Mahkamah Tinggi 31 Dis 09

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Saya dengan rendah hati memohon sokongan rakan – rakan menentang penggunaan nama Allah dalam pada agama lain seperti yang diputus dalam Mahkamah Tinggi 31 Dis lalu. Dalam penghakimannya pihak Archbishop Murphy Nicolas Xavier Pakiam berjaya membuktikan didepan hakim Lau Bee Lan bahawa penggunaan nama Allah dalam Herald Catolic Weekly adalah sah. Manakala usaha kerajaan menyekat perkara ini apabila KDN melarang penerbitan tersebut disifatkan mahkamah sebagai diluar bidang kuasa (ultra vires).

Kesan jangka panjang dari keputusan mahkamah ini ialah


  1. Pihak gereja atau mana – mana agama lain berhak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Mungkin akan datang mereka akan menggunakan kalimah Allah untuk modul tadika katolik, flyers atau mana – mana makalah terbitan mereka.
  2. Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain mencemarkan kesucian agama Islam dimana ia akan diletak didalam gereja atau tempat ibadat lain.
  3. Keputusan ini boleh menimbulkan salah faham terhadap aqidah umat Islam. Generasi akan datang atau umat Islam yang kurang faham dengan akidah sebenar akan keliru dengan kenyataan Allah is God, Mary Cleopatra is Allah’s wife & Jesus is son of God (na’uzubillah). Walhal kita sering mengungkapkan Allah Yang Esa. Ia tidak beranak & tidak diperanakkan. (sura al Ahad)
  4. Keputusan mahkamah ini boleh dijadikan rujukan kes pada masa akan datang. Seterusnya kalimah Allah akan digunakan secara meluas oleh agama lain bagi tujuan memesongkan akidah umat Islam

    Apa yang kita boleh lakukan ialah
  • Membaca, belajar, & memahami kesan perundangan akibat daripada penggunaan kalimah Allah oleh agama lain
  • Memfowardkan email berkaitan bagi tujuan memberi kefahaman terhadap bahaya penggunaan kalimah Allah oleh agama lain
  • Berdoa & bermunajat supaya kesucian Islam terpelihara
  • Menyertai demontrasi bagi menzahirkan bantahan

    Wallahu’alam

read more

No comments: