Monday, October 14, 2013

Kisah Disebalik Takbir Raya & Perang Ahzab (Khandak)

Perang ahzab ialah kisah 10,000 tentera kafir melawan 3,000 tentera Nabi Muhammad. ia juga dikenali dengan khandak kerana parit yang dibina ketika perang. Ahzab bererti pakatan / bersekutu iaitu pakatan puak quraisy, bani fazara, qais 'ailan, asyja' sulaim, bani sa'd & asad disusun oleh yahudi qainuqa' & bani nadzir. mendengar kekeuatan ahzab, penduduk madinah gusar akan nasib yang bakal ditimpa mereka. Lantas Baginda mengarahkan persiapan melawan dipersiapkan dipintu masuk Madinah. Rumah - rumah berdekatan diarahkan kosong untuk dilempar anak panah dan disimpan senjata. Wanita dan kanak - kanak berlindung ditengah kota. Baginda membahagikan kekuatan pertahanan. Salman al Farisi mencadangkan dibina khandak / parit untuk mengekang tentera musuh seperti yang biasa dilakukan dinegerinya ketika berperang. Sebenarnya orang arab tak tahu membina khandak itu, berebut ingin bersama Salman. Lalu Baginda bersadba "dia ini bukan dari muhajirin @ ansar, dia ini dari keluarga kami / ahlul bait".

Gerombolan tentera ahzab dipimpin Abu Sufyan bergegas ke Uhud kerana menyangka tentera Islam berkubu disitu. Didapatinya tentera Islam tiada, mereka bergegas ke Kota Madinah hingga mereka tersekat di khandak. Mereka menghantar utusan untuk meminta pihak yahudi quraiza membeloti persetiaan dengan Muhammad. D pihak Islam Madinah, Rasulullah menawarkan pada sahabat yang sedia menjadi pengintip. Zubair B Awwam, seorang anak muda menawar diri menjadi pengintip. Tugas berisiko tinggi ini barangkali berakhir dengan kematian sahaja jika ditangkap musuh. Rasulullah bertanya lagi, 'siapa yang bersedia menjadi pengintip?'. Zubair menawarkan diri sehingga 3 kali. Lalu Rasulullah bersabda "sesungguhnya pada setiap Nabi itu ada hawariyyun (pembantu yg paling rapat), maka hawariyyun ku ialah Zubair"  Zubair juga adalah antara 10 sahabat yg dijanjikan syurga.

Pemimpin yahudi quraiza mula terpengaruh degan pujukan pembelotan. mereka memutuskan bekalan makanan dan menakutkan penduduk Madinah akan bencana yang bakal menimpa. Baginda meminta Sa'd dan Abdullah berunding kembali dengan pemuka quraiza kembali mentaati persetiaan. Sa'd mengingatkan nasib yg menimpa yahudi bani nadzir apb mereka melanggar persetiaan degan Muhammad SAW. Pemuka yahudi itu telah dipengaruhi darah yahudi mereka dan tetap mengingkari persetiaan. Mereka juga memaki hamun Rasulullah. Utusan Baginda membayangkan bencana besar yang bakal menimpa mereka setelah yahudi quraiza bakal membuka jalan ke madinah untuk tentera ahzab.

Beberapa pertempuran kecil mula berlaku didalam parit apabila pihak musuh mula cabar mencabar. Saidina Ali berjaya membunuh beberapa musuh dikhandak. Pengepungan musuh sudah berlarutan selama 10 hari, Penduduk Islam Madinah tidak dapat keluar berdagang. Di pihak musuh pula, bekalan mereka semakin berkurangan. Semangat pihak musuh juga mulai surut dengan tiada perkembangan tentera Islam akan mengalah. Tapi pemimpin - peminpin mereka tetap mengingatkan janji - janji sekiranya Islam dapat dihapuskan.

Sehingga tiba jumaat malam sabtu, maka Abu Sufyan meminta yahudi quraiza menyerang tentera muslim dari dalam Madinah. Sebaliknya orang - orang yahudi ini enggan kerana esoknya sabtu, mereka teringat nenek moyang mereka yg disumpah menjadi kera kerana melanggar kemuliaan sabtu. Abu Sufyan naik pitam mendengar jawapan mereka dan memujuk supaya serangan dilancarkan juga dari dalam Madinah. Jika serangan tidak dilakukan sekarang, bekalan pertahanan akan habis dan mereka tidak tahu bila lagi akan dapat mengumpulkan tentera yang sedemikian besar. Yahudi quraiza tetap enggan sebaliknya ingin kembali berdamai dengan Rasulullah.

Pada malam itu Allah menurunkan ribut taufan dan hujan lebat kepada gerombolan ahzab sehingga musnah periuk kuali, khemah dan bekalan ternakan mereka. Mereka lari lintang pukang kerana pasti pagi nanti tentera Islam akan menyerang mereka. Tentera musyrikin yang ramai dan bermacam kelengkapan itu telah tewas dan lenyap sama sekali dengan bantuan Allah, bukan dari kekuatan fizikal tentera Islam. Demikianlah bantuan Allah kepada hamba - hambaNya yang taat, beriman, sentiasa berharap dan bergantung kepadaNya.

Melihatkan tentera ahzab hilang sama sekali, Muhammad mengarahkan kampung yahudi quraiza dikepung. Selama beberapa hari kepungan berlaku, mereka kehabisan bekalan dan menyerah diri. sesiapa yang terlibat memerangi tentera muslim dipancung, harta mereka dirampas dan anak isteri mereka dibahagi kepada tentera muslim.

Demikian lafaz takbir yang dilaungkan pada hari raya:


laailahaillahuwahdah (tiada tuhan melainkan Allah dan Dialah yg Esa)
sadaqawa'dah (Dia membenarkan janjinya membantu orang Islam)
wanasara'abdah (Dia membantu hambaNya)
wa'azzaunja wahazamal ahzab wahdah (Dia memuliakan tenteranya melawan dengan menghapuskan tentera ahzab)

Demikian Allah memuliakan  tentera Islam dalam perang ahzab sehingga ia disebut didalam takbir raya.

Justeru, marilah kita menginsafi diri kita. Marilah bergantung harap yang setinggi - tinggi kepada Allah. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Kerana Allah yang sebenarnya membantu kita. Segalanya bukan asbab fizikal semata - mata.

Wallahualam

2 comments:

angkola muaratai said...

ASS
MOHON IZIN SAVE OR ETC
SEMOGA BERGUNA AMIN
WSLM

angkola muaratais said...

ASS
MOHON IZIN SAVE OR ETC
SEMOGA BERGUNA AMIN
WSLM