Thursday, March 6, 2014

GST


Lagi cerita #‎GST. Fahamkan 5 perkara ini baik-baik.Dah faham mohon disebarkan supaya anda tidak KELIRU,DIKELIRUKAN atau MENGELIRUKAN orang lain

1)GST masih belum dilaksana,hanya akan dilaksanakan pada April 2015.Government Service Tax atau Service Tax TIDAK SAMA dengan GST.GST merujuk kepada Goods and Service Tax.

2)Service Charge dan Service Tax adalah dua perkara berbeza.Service Charge dikenakan oleh PENIAGA atau PENYEDIA PERKHIDMATAN dan bukan oleh KERAJAAN.Kadar lazim Service Charge ialah 10%.Kadar Service Tax pula ialah 6% buat masa sekarang.

3)Perlaksanaan GST menghapuskan kedua-dua Service Charge dan Service Tax.

4)SIAPA YANG AKAN DIKENAKAN GST? - Jika perolehan bercukai tahunannya melebihi RM 500,000. Seseorang itu termasuk individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana organisasi termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam perniagaan yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia.

Perolehan bercukai tahunan boleh ditentukan berdasarkan salah satu daripada berikut:

- Nilai pembekalan bercukai bagi bulan semasa dicampur dengan nilai pembekalan bercukai bagi sebelas (11) bulan sebelumnya.
- Nilai pembekalan bercukai bagi bulan semasa dicampur dengan nilai pembekalan bercukai yang dijangka bagi sebelas (11) bulan seterusnya.

5)GST hanya dikenakan pada peringkat akhir pengeluaran dan bukan di setiap peringkat pengeluaran.


from page Saya Sayang Tun Mahathir Mohamed

No comments: