Wednesday, March 5, 2014

Tan Sri Muhammad Ali Hashim : Singa Ekonomi Islam.



1.Tidak ramai kenal Tan Sri, beliau merupakan antara ikon korporat bumiputera terkemuka. Dengan kepimpinan beliau, syarikat JohorCorporation (JCorp) membesar daripada sebuah syarikat peladangan kecil hingga sekarang sebuah konglomerate dengan nilai pasaran RM18 billion dalam industri ladang kelapa sawit (Kulim), kesihatan (KPJ) , makanan (QSR) dan banyak subsidiari lain.

2.Sejarah Jcorp ialah apabila kerajaan negeri Johor ketika Menteri Besar Othman bin Mohd Saat ingin membangunkan negerinya, lalu menubuhkan Johor State Economic Development Corporation (JSEDC) pada tahun 1968.Selain pembangunan, JSEDC juga ingin memberi peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya kepada golongan bumiputera yang dahulu ramai berpendapatan rendah.Perniagaan pertama adalah membeli ladang getah dan kelapa sawit dengan pinjaman RM10 juta.

3.Tan Sri dilantik sebagai CEO Jcorp pada tahun 1982, perolehan syarikat itu cuma RM152 juta, tetapi apabila beliau bersara pada tahun 2010, syarikat kongolemerate itu memperoleh RM8 billion dengan mencipta pekerjaan kepada 65 000 orang di 11 negara. Satu kejayaan yang besar dalam 28 tahun sebagai pengurus.

4.Syarikat Kulim adalah syarikat kelapa sawit ke-12 terbesar di dunia mengikut nilai pasaran pada 2009, syarikat KPJ adalah syarikat kesihatan swasta terbesar di Malaysia, manakala syarikat QSR mengendali operasi restoren terkemuka dunia seperti Pizza Hut dan KFC. Ini semua kejayaan beliau dalam masa 28 tahun sebagai CEO JCorp.

5.Selain itu, Tan Sri juga semasa CEO JCorp melaksanakan program intrapreneur, dimana syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapat kontrak dan latihan oleh syarikat JCorp untuk berkembang maju. Jauh daripada syarikat swasta lain yang ingin mengaut keuntungan dengan memusnahkan semua pesaing.

6.Antara minat saya kepada beliau adalah bukan sahaja kejayaannya dalam bidang korporat, malah beliau tetap pegang teguh kepada perjuangan ekonomi Islam. Walaupun syarikat swasta biasanya utamakan keuntungan semata-mata, tetapi Tan Sri juga utamakan kebajikan rakyat melalui wakaf korporat. Satu konsep dimana syarikat mewakafkan harta dimana hasilnya akan diberi kepada kerja-kerja kebajikan. Contohnya syarikat Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) bernilai RM501juta berniaga dan peratus keuntungan akan pergi kepada kebajikan ( 5% Majlis Agama Islam Johor, 25% program fisabilillah, dan 70% dilaburkan semula).

7.Malangnya, tidak banyak syarikat besar milik Islam ingin mewakafkan harta mereka kepada kebajikan, majoriti syarikat yang membuat wakaf ini milik JCorp.Mungkin ada syarikat lain tetapi tidak banyak atau mereka membuat secara senyap.

8.Apabila seorang hartawan bersara, biasanya dia akan meluangkan masa berehat, tetapi Tan Sri sekarang memimpin Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan niat untuk membangunkan ekonomi Islam sambil membuat kerja-kerja kebajikan. Secara jelas Tan Sri ingin teruskan perjuangan membangunkan ekonomi Islam tanpa mengira umur.

9.Secara kesimpulan, Tan Sri merupakan contoh kepada anak muda di negara ini, etika kerja yang cekap dan amanah telah membangunkan sebuah syarikat dimana sebelum ini masyarakat bumiputera dilabel sebagai tidak mahir berniaga. Bukan sahaja utamakan keuntungan, kebajikan rakyat juga diberi tumpuan oleh Tan Sri ketika beliau berada di puncak kepimpinan dan juga apabila beliau sekarang bersara. Perjuangan perlu diteruskan oleh anak muda negara untuk memajukan perniagaan dan jangan lupa untuk memberi sumbangan waqaf dengan apa yang mampu demi kesejahteraan rakyat.

-AR-


1 comment:

Unknown said...

Tan sri ada penglibatan secara langsung atau tdak langsung dengan RJB Empire group..?