Monday, October 13, 2014

Kenapa Harga Minyak Malaysia Tidak Patut Dibandingkan Dengan Brunei.

1.Walaupun saya kurang setuju subsidi minyak ditarik ketika infrastruktur pengangkutan awam belum lagi cekap, saya lebih kurang setuju beberapa pihak menyatakan kerajaan Brunei lebih baik daripada Malaysia kerana minyak disana lebih murah.

2. Semua pihak perlu sedar bahawa polisi kerajaan mempunyai kesan positif dan negatif terhadap rakyatnya. Brunei mempunyai 2 advantage daripada Malaysia, pertama ialah negara itu lebih kecil dan populasi hanya 400,000 (2013), dan kedua ia menghasilkan 167,000 tong minyak (barrels) . Jadi penghasilan minyak negara itu berganda lebih tinggi daripada permintaan domestik membolehkan Brunei menjual sebahagian besar minyak mereka ke luar negara. 90% KDNK negara Brunei bergantung kepada minyak, jika pasaran minyak jatuh sepertimana terjadi kepada pasaran getah, Brunei akan hilang 90% daripada pendapatan mereka.

3.Malaysia pula sebaliknya, dengan populasi 30juta, negara ini menghasilkan 525,000 tong minyak (barrels) . Dengan negara yang lebih besar ,kerajaan perlu membelanjakan lebih banyak kepada infrastruktur awam (sekolah,universiti,hospital) berbanding Brunei. Perbandingan harga minyak Brunei dengan Malaysia adalah seperti membandingkan harga minyak di Singapura yang tidak menghasilkan sebarang minyak dengan harga minyak di Malaysia

4. Brunei juga tidak mempunyai masalah pertambahan populasi mendadak, jadi kerajaan Brunei tidak perlu belanjakan hasil petroleum kepada projek-projek seperti Iskandar,Greater KL, Koridor –Koridor Ekonomi. Di Malaysia pula dengan populasi yang muda, kerajaan perlu pastikan lebih banyak pekerjaan dicipta kerana beratus ribu keluar daripada universiti setiap tahun dan perlukan pekerjaan. Saya fikir kerajaan belanja berbillion daripada hasil petroleum kepada projek seperti Cyberjaya,Labuan dan ia telah mencipta beratus ribu pekerjaan. Jika kerajaan tidak membelanjakan hasil petroleum dan beri subsidi mungkin harga minyak akan lebih rendah tetapi beratus ribu rakyat Malaysia akan menganggur.

5. Seperti saya kata, setiap polisi ada kesan positif dan negatif, jika kerajaan menggunakan penjimatan daripada subsidi itu dengan baik melalui projek pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi khalayak umum itu akan lebih menguntungkan negara. Di Brunei kerajaan mereka lebih utamakan pengurangan kos hidup tetapi kesan negatifnya kurang pekerjaan akan dicipta di negara tersebut.

-AR-
Photo: Kenapa Harga Minyak Malaysia Tidak Patut Dibandingkan Dengan Brunei.

No comments: