Thursday, October 16, 2014

Program Permata Rosmah ‘shortcut’ golongan kaya, kata Wanita PKR (fitnah dari wanita pkr)

link asal :

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/program-permata-short-cut-golongan-kaya-kata-wanita-pkr

Program Permata Rosmah ‘shortcut’ golongan kaya, kata Wanita PKR

Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung program pra-persekolahan Permata, yang disifatkan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin hari ini sebagai 'shortcut' golongan berada. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung program pra-persekolahan Permata, yang disifatkan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin hari ini sebagai 'shortcut' golongan berada. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disifatkan seorang pemimpin PKR hari ini sebagai program "shortcut" golongan berada di mana hanya kanak-kanak keluarga kaya diambil menyertai program itu.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata ia satu diskriminasi terhadap kanak-kanak dari keluarga miskin.
"Bagaimana dengan nasib anak-anak yang miskin?" tanya ketua Wanita PKR itu pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini, sambil memberi contoh kumpulan muzik kanak-kanak Permata.
"Kalau betul Permata ini untuk pendidikan kanak-kanak, bantulah anak orang miskin di Sabah," katanya mencelah ucapan ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah sedang berbahas.
Shamsul di dalam ucapannya menyentuh tentang kepentingan program Permata dan mempertahankan peruntukan kewangan yang disalurkan kepadanya dalam Bajet 2015.
Kenyataan Zuraida (gambar) itu dibidas Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Zuraida tidak mendiskriminasi kanak-kanak.
"Mana boleh kita diskriminasi kanak-kanak itu kaya atau miskin. Kanak-kanak tetap kanak-kanak," kata ahli Parlimen Pengerang itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini menafikan Rosmah menerima RM711 juta untuk Program Permata Negara. 
Sebaliknya, jumlah peruntukan itu adalah angka keseluruhan peruntukan bagi pendidikan pra-sekolah, katanya.
"Permata hanya berkongsi peruntukan berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan," kata Ahmad.
Permata ditubuhkan pada 2007 sebagai program asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak berbakat di bawah umur 4 tahun. – 15 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/program-permata-short-cut-golongan-kaya-kata-wanita-pkr#sthash.41cDeEUW.dpuf

No comments: