Wednesday, April 22, 2015

Sekolah Patriotisma

Sabtu, 18 Apr 2015 telah diadakan 1 seminar Sekolah Patriotisma. Sekolah ini dianjurkan oleh NGO yang digerakkan oleh seorang peguam, Khairul Azam atau nama FB nya Buzze Azam. 





Seminar ini telah membawa 2 tokoh tersohor di Malaysia iaitu Tan Sri Musa Bin Hassan, mantan Ketua Polis Negara dan Dato Mohd Noor Bin Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan.

Tan Sri Musa menjelaskan kepentingan peraturan & akta2 yang dalam perlembagaan demi menjaga keamanan seluruh warga negara. Beliau memulakan dengan menceritakan keadaan sebelum kemerdekaan dimana pemimpin utama masyarakat majmuk dinegara ini berunding dengan British & sultan2 Melayu cara terbaik untuk mencapai kemerdeekaan. Maka lahirlah 7 wasiat Raja Melayu & Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui oleh semua pemimpin utama masyarakat ketika itu.

Berlaku pergeseran kaum sehingga membawa kepada rusuhan 13 mei 1969. Ianya berpunca apabila tiada rasa hormat, cabar mencabar dan api perkauman disemarakkan. Beliau juga menegaskan kepentingan akta hasutan, ISA & EO yang telah dimansuhkan dan mengulas mengenai akta baru POTA.



Dato Mohd Nor pula menjelaskan kepentingan Perlembagaan untuk setiap masyarakat dinegara ini. Takrif Melayu, Kedudukan Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu, & tanah rezab Melayu. Beliau juga menerangkan percanggahan Enakmen Hudud Kelantan dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau menerangkan apa tindakan yang perlu dibuat oleh pihak2 berkenaan berkaitan isu hudud ini.



Sdr Khairul Azam sebagai moderator. 
Beliau menerangkan apa kepentingan seminar ini dijalankan & misi seterusnya




 




Group foto dengan Tan Sri Musa Bin Hassan

Group foto dengan Dato Mohd Noor Bin Abdullah

Apa kata peserta



No comments: